Penerimaan Science Adventure (siri permainan video)

Permainan ini juga telah menerima ulasan positif secara umumnya, baik di Jepun dan Barat. Pengkritik amat menggemari cerita, [7] [83] muzik dan visual, [53] [92] [93] dan pelaksanaan elemen permainan dalam persembahan novel visual, [94] [95] walaupun ada yang menyatakan kesukaran untuk mengakses laluan tertentu dalam permainan. [92] [96] Anime News Network menulis bahawa siri ini mempunyai misteri berhalaju baik dan menggunakan konsep-konsep yang kreatif, tetapi kesimpulannya selalunya tidak sebaik pelatarannya. [97]

Pada tahun 2009, Steins;Gate memenangi anugerah Game of Excellence Famitsu tahun tersebut. [98] RPGFan menyenaraikan Steins;Gate dalam senarai 30 permainan main peranan harus main pada 2010–2015, memanggilnya sebagai salah satu novel visual terbaik di pasaran. [99] Ia juga telah dicalonkan untuk Anugerah Golden Joystick, untuk permainan konsol/mudah alih terbaik 2015. [100]

Jualan

Siri Science Adventure telah mencatat pelbagai kejayaan komersial untuk Mages, dengan Chaos;Head dan Steins;Gate membantu mewujudkan mereka sebagai entiti sohor pembangun permainan. [79] Pada Jun 2011, Steins;Gate melepasi jumlah jualan sebanyak 300,000 salinan, sesuatu yang Shikura nyatakan sebagai suatu pencapaian untuk genre permainannya. [101] Setahun kemudian, beliau mendedahkan bahawa terdapat lebih daripada 80,000 prapesanan untuk Robotics;Notes, yang merupakan peningkatan besar berbanding keluaran asal Steins;Gate. [102] Steins;Gate 0 juga berjaya secara komersial, dengan 100,000 salinan terjual pada hari pertama, [103] menjadikan jumlah jualan tergabung permainan-permainan Steins;Gate melepasi satu juta salinan. [104] Keluaran asal Chaos;Child bagaimanapun, gagal dicatatkan dalam senarai 50 jualan mingguan teratas Media Create di Jepun, dengan anggaran 1,415 salinan terjual. [105]

Keluaran konsol berbahasa Inggeris Steins;Gate mencatat fenomena dengan sebahagian besar salinan terjual adalah versi PlayStation Vita dengan menurut ketua pemasaran PQube, Geraint Evans, permainan itulah yang membuatkan PQube menembusi pasaran dan mendapat perhatian sebagai penerbit. [106] Keluaran PC antarabangsa Steins;Gate Elite adalah antara keluaran baharu terlaris bulan keluarannya di Steam . [107] [lower-alpha 4]

Rujukan

WikiPedia: Science Adventure (siri permainan video) http://andriasang.com/comt1h/robotics_notes_teaser... http://andriasang.com/comtug/5pb_ps3_titles/ http://andriasang.com/comwn0/steins_gate_shipment/ http://andriasang.com/con1ik/robotics_notes_orders... http://www.animenewsnetwork.com/interest/2012-03-3... http://www.animenewsnetwork.com/news/2013-04-09/st... http://www.animenewsnetwork.com/news/2014-05-27/ch... http://www.animenewsnetwork.com/news/2015-12-10/st... http://www.animenewsnetwork.com/news/2016-08-01/ch... http://www.animenewsnetwork.com/news/2017-09-18/ch...